Thursday, July 25, 2013

99 Santapan Jiwa Para Sufi

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan iri hati dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong jika memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan goyah kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami jikalau cukup syaratnya;

49. Hargai waktu, aturkan waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Selalulah berselawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang bersangkutan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Friday, June 17, 2011

HAZAMA-Cinta Teragung

lirik lagu :

CINTA TERAGUNG


Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Ulang Chorus
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Friday, January 21, 2011

UMMIE NIETA COLLECTIONS


Sesiapa yang berminat untuk membeli pakaian seperti blouse,t-shirt lelaki,pakaian kanak-kanak,make up,perfume,peralatan solat-sejadah,telekung,,seluar track dan sebagainya..sila datang ke UMMIE NIETA COLLECTIONS berhampiran UiTM Machang,Kelantan.di sebelah Kedai perabot jati & bengkel kereta..

Sunday, February 14, 2010

AKHIRNYA CINTA SEJATI (nukilan 'F')

hari ini adalah hari pertama Ayu d universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). maka bermulalah satu tanggungjawab buat Ayu untuk belajar agar mencapai cita-citanya. selepas pendaftaran selesai, para mahasiswa diarahkan untuk ke asrama yang telah disediakan untuk mereka yang tinggal jauh dari UPSI. ayu juga turut tinggal d asrama kerana dia berasal dari Terengganu.

sebulan kemudian....

ada kemasukan pelajar baru yang sama jurusan dengannya. pensyarah meminta pelajar itu memperkenalkan dirinya. kini baru lah tahu bahawa namanya Fitri Faris dan mahu d panggil Faris. dia seorang yang kacak, pndai ambil hati prempuan dan byk lagi yang menarik tentang dirinya.
setelah beberapa minggu kuliah, faris dpt menyesuaikan dirinya disini. kalau x silap, dia dtg ke universiti dgn memandu kereta spectra. dia selalu di kerumuni dgn 'gadis-gadis penggoda'. maklumlah siapa yang x tergoda dgn dia. dah la handsome, pndai ambil hati prempuan dan kaya plak tu.. hmm.... cair la dgn kata2 & madah2 cinta yg terkluar dari bibir seksinya itu. memang dikenali dgn 'playboy' pun....

suatu hari, dia terburu-buru ke dewan kuliah. dalam perjalanan, tiba2 dia terlanggar ayu yang juga turut hendak ke situ. buku2 yang d pegang ayu kesemuanya terjatuh ke lantai. nak tak nak dia terpaksa menolong ayu. dia terus melutut untuk mengambil buku2 tersebut, diikuti ayu. secara tak sengaje, tangan mereka bersentuhan yang menyebabkan terburu-buru faris bertukar menjadi satu perasaan yang cukup unik.
dia tak tahu apa jenis perasaan itu. setelah itu, dia terjaga dari khayalannya dan terus meminta maaf atas kecuaiannya. ayu dengan lembut berkata " tak pe, kita sama2 cuai". sekali lagi faris terpesona dalam perasaannya setelah mendengar gemersik suara ayu. ayu meminta kebenaran untk mengundur diri kerana dia telah terlambat ke kuliah. belum sempat faris utk bertanyakan nama tuan empunya suara yang gemersik itu.

faris sampai ke rumah dengan penuh kepenatan. dia asyik terbayang wajah gadis yg dilanggar td. dia hanyalah bertemu dgn gadis2 yang gilakan hartanya shj. faris termenung dalam fikirannya penuh soalan yang x terjawab, ' siapa gadis tu?, Belum pernah pun nampak, pljr baru ke? knape lain je bila aku t'sentuh tangan dia. gadis ni sungguh menakjubkan'. patut ke aku dekatinya?? banyak sungguh persoalannya....